Kelas Nadi Mahir Jahit (Minggu 16) Menggunting Fabrik Kebaya
23 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2026, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Jahit pada minggu ini adalah menggunting fabrik kebaya. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan cara untuk menggunting fabrik kebaya dengan menggunakan pola yang telah dibuat pada minggu ke-15. Selain itu, tenaga pengajar turut memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuat ubah suai pakaian jika tersalah ukuran.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: